Food Time: The Tarot Cafe!

Tarot! Tarot! Tarot!

Apai ada segmen baru!
Segmen kali ini adalah 'Food Time',
Segmen ini akan memperkenalkan tempat2 makan yang pernah Apai pergi,
Kira macam jalan2 cari makan la, tapi nie Apai!2 Cari makanan!,
Apai nie kuat mencuba makanan yang baru,
Pelbagai jenis makanan Apai pernah rasa,
Ada yang sedap, ada yang tidak, ada yang suam2 kuku je,

Sebenarnya Apai tak pandai merasa makanan,
Bagi Apai, terpulang pada pihak yang masak untuk mempersembahkan masakan mereka,
Kalau rasa tak sedap, mungkin kerana campuran yang digunakan adalah berbeza dengan orang lain,
Tapi reviewer jangan risau, tempat2 yang akan Apai cadangankan,
Telah dicadangkan oleh Ua (boleh tahan taste makanan buah hati Apai tu...),
Kalau Ua dah cakap makanan tu sedap, maka sedap la makanan tersebut,

Ok! Kita bermula di sini!
Pada 'post' kali ini, Apai & Ua mencadangkan The Tarot Cafe,
Makanan dekat sini pelbagai, macam2 jenis ada,
Dari Jepun hingga ke Malaysia!
Tempat makan ini lebih rilek dan bertenang,
Jika hendak lepak2 dengan rakan2 atau membincangkan sesuatu,
Inilah tempatnya, 
Air2 yang disediakan juga boleh membuat anda terliur,
Pelbagai jenis air disediakan, dari Air sejuk hingga ke Capucino,
Dari tak ada warna hingga pelbagai jenis warna,
Semua terdapat di sini! 

Maklumat Tempat Makan: 

Nama: The Tarot Cafe
Address: Ground Floor, SL 2763, Lot 1112-1113, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, 93150 Kuching.

Jom!2 Apai makan di sini!

-Apai-

Book Time: The Complete Book of Flight!


The Complete Book of Flight!

Mulai saat ini, Apai dan Ua telah bernekad untuk membeli bahan bacaan,
Ini adalah untuk meningkatkan aktiviti pembacaan kami,
Selain itu, membaca boleh menambah ilmu di dada,
Mulai saat ini juga, Apai dan Ua akan memperkenalkan bahan bacaan kami,
Pada 'post' kali ini, Apai akan memperkenalkan bahan bacaan Apai terbaru,
Ia baru dibeli pada 28 Nov, 2010,
Bahan ini telah dibeli di MPH (The Spring...siap buat kad keahlian sekali...),

Tajuk bahan bacaan yang telah dipilih ialah 'The Complete Book of Fight',
Sekadar pengamatan Apai, bahan ini menceritakan tentang bidang penerbangan,
Mesti reviewer heran, kenapa Apai memilih buku ini,
Ini kerana, pada zaman kecil Apai,
Apai bercita2 untuk menjadi seorang juruterbang,
Akan tetapi, cita2 tak kesampaian (dalam hati masih rasa boleh dicapai...),

Dalam buku ini, banyak gambar telah diselitkan,
Ia agak menarik untuk menambah minat seorang pembaca,
Ia bercerita berkenaan bidang penerbangan dari sejarah awal,
Hingga ke zaman sekarang ini,
Apa yang menarik, fakta2 yang ditempatkan menjadi kandungan buku ini agak menarik,
Ia mengajar bagaimana manusia berfikir untuk mencipta kapal terbang,
Untuk mengetahui lebih lanjut, 
Sila dapatkan bahan bacaan ini di kedai buku berhampiran anda!

Maklumat Buku:

Tajuk Buku: The Complete Book of Flight
Editor: Ludwig Konemann
Publisher: Paragon
Kod ISBN: 9-781445-404424

Pilihan Apai!

-Apai-

Movie Time: Rapunzel: A Tangled Tale


Rapunzel: A Tangled Tale

Classification: U
Genre: Fantasy / Animation
General Release Date: 25 Nov 2010
Running Time: 1 Hour 41 Minutes
Distributor: Walt Disney Pictures 

Cast: Mandy Moore, Zachary Levi, Donna Murphy
Director: Nathan Greno, Byron Howard


Tanggal 26 Nov, 2010 (Jumaat),
Apai & Ua telah sekali lagi menterjah pangung (kali ini MBO...),

Kali ini, kami telah ditemani oleh Lia (maulydiasdeardiary...),
Walaupun pada tengah malam tersebut Lia akan bertolak ke Sibu,
Tetapi sempat meluangkan masa bersama kami untuk menonton.

Pada malam tersebut,
Boleh tahan ramai juga orang yang menonton,
Sambil cuaca sejuk, Penuh orang ramai,
Penuh 'hall' pada malam itu,
Cerita tersebut bermula,
Apai, Ua & Lia mula menonton.

Sinopsis ringkas Apai:

Cerita ini merupakan cerita katon animasi. Maka ceritanya komfom tak logik. Hehe. Kisah seorang puteri yang telah dikurung di dalam sebuah istana (tak cantik pun...) oleh seorang nenek kebayan. Ia kerana puteri tersebut telah diberi minum air bunga matahari yang begitu magik. Dia telah diculik oleh nenek kebayan tersebut ketika masih kecil. Dia telah dikurung dan tidak dibenarkan keluar untuk bergaul dengan orang ramai dan jauh disorok di tengah hutan. Pengembaran tersebut telah bermula apabila puteri tersebut telah genap 18th tahun dan mengimpikan untuk melihat tanglung terbang dari dekat (selama ini dia melihat melalui tingkap...cian...). Bagaimanakah dengan pengembaraan puteri tersebut? Adakah berjaya dia melihat tanglung terbang tersebut? Maksud tanglung terbang?
Sila tonton di pangung terdekat anda!

Komen Apai:

Filem ini merupakan Genre 'Fantasy'. Bagi Apai, jalan cerita adalah menarik. Akan tetapi, Apai mungkin telah pernah mendengar akan kisah ini semasa kecil dahulu. Apabila Apai membandingkan cerita ini dengan apa yang Apai telah dengar, Apai mendapati, sama. Maka Apai mudah untuk meneka jalan cerita tersebut hingga habis. Maaf ye! Tapi teknik meletakkan lawak dan lagu2 menarik (yang nie tak ada semasa Apai dengar cerita ini...) membuatkan filem ini lebih menarik!
Filem ini Best!

Rating Apai!
Overall:
****
Cast:****
Plot:
****
Effects:****
Cinematography : ****

P/S: Para review, sila kongsikan pengalaman anda ketika menonton filem ini.

-Apai-

Movies Time: Unstoppable!


Unstoppable!

Classification: PG13
Genre: Action / Thriller
General Release Date: 11 Nov 2010
Running Time: 1 Hour 40 Minutes
Distributor: 20th Century Fox
Cast: Chris Pine, Rosario Dawson, Denzel Washington
Director: Tony Scott 


Apai dah lupa bila Apai & Ua menonton filem ini,
Apai telah menonton filem ini di MBO,

Ketika itu, penonton agak ramai dan padat juga tempat duduk,
Penuh panggung pada ketika itu, 
Apai rasa filem nie macam 'best'!
Apai pun lupa, 'hall' berapa yang Apai & Ua duduk,
Haha

Sinopsis ringkas Apai:

Cerita ini mengisahkan tentang sebuah keretapi barang tanpa pemandu. Ini kerana kecuaian yang telah dilakukan oleh seorang pekerja syarikat keretapi tersebut. Menambah panik dalam cerita ini, keretapi tersebut telah membawa bahan berbahaya (toxic) di dalam kargo. Ia telah menuju ke sebuah bandar besar yang berpadatan penduduk penuh! Pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak syarikat untuk memberhentikan keretapi tersebut. Adakah ia mampu diberhentikan?
Sila tonton di pangung terdekat anda!

Komen Apai:

Filem ini mengandungi fakta2 logik. Kita akan banyak belajar tentang fizik dan kimia semasa menonton filem ini. Langkah2 pemberhentian tersebut nampak logik dan boleh diterima akal. Filem ini banyak menyediakan aksi mendebarkan! Filem yang harus ditonton!
Filem ini Best!

Rating Apai!
Overall:
****
Cast:****
Plot:
*****
Effects:*****
Cinematography : ****

P/S: Para review, sila kongsikan pengalaman anda ketika menonton filem ini.

-Apai-

Waterfront! Waterfront! Waterfront!


Berjalan Bersama Ua di Waterfront

Selepas aktiviti sambutan besday Ayah di Topspot,
Apai dan Ua telah berjalan2 bersama2 di tebingan Waterfront,
Menghirup udara segar dan nyaman pada malam tersebut,
Sambil2 perut masing2 masih kenyang,
Sambil2 berpimpinan tangan (sambil2 menghayun macam budak kecil...),
Cuma tak dapat nak berlari je (perut penuh...),
Best sangat! Dapat 'spend' masa dengan Ua,

Tiba2 ternampak ada aktiviti sekitar Waterfront,
Ada terdapat pameran DUBS (Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak...),
Apai dan Ua telah berjalan2 di sekitar pameran tersebut,
Terdapat juga pertandingan 'Karaoke' berlangsung pada malam tersebut,
Ia turut diselangi dengan persembahan dari artis dari Kuala Lumpur (tak kenal nama...),

Setelah itu, Apai dan Ua telah lepak di sekitar Waterfront,
Sambil melihat gelagat orang ramai yang lalu lalang,
Sambil melihat telatah orang ramai,
Sambil melihat keindahan Kubu Magherita pada waktu malam,
Sambil melihat ketenangan air sungai dan perahu penambangan yang mengelungsur,

Best sangat pada malam tersebut!
Sebenarnya, Apai dan Ua menunggu masa tayangan untuk filem Nyangkung!
Mau tahu bagaimana reaksi Apai terhadap filem tersebut?
Kepada para reviewer, sila baca 'post' untuk filem Nyangkung yang akan Apai 'post' tidak lama lagi.
Begitula tadi al-kisah (macam aka punya blog...) Apai dan Ua di Waterfront!

-Apai-

Besday! Besday! Besday! 50th Ayah!


26 Nov, 2010

Happy Birthday to you! Happy Birthday to you! Happy Birthday to you Abdul Malik Ibrahim (Ayah Apai...),
Happy Birthday to you! (tepuk2...),

Ia merupakan sambutan hari lahir Ayah yang ke-50th,
Muda lagi rupanya Ayah Apai ye (bodek sikit...),
Akan tetapi, sambutan hari lahir Ayah telah di bawa ke 27 Nov, 2010 (malam semalam...),
Ayah telah dilahirkan di Batu Pahat pada 26 Nov, 1960,
Ayah telah membuat sambutan tersebut di Topspot Seafood Foodcourt (bukit mata...),
Apai dan Ua ingin membuat 'special suprise' kepada Ayah,
Apai dan Ua telah menempah 'cup cake' dari Hani's Fairies Cake (Thank...Kacak Cup Cake tu...).

Cup Cake tersebut

Bercerita pasal makanan yang telah Ayah 'order' pula,
Lebih kurang 5 lauk dan satu nasi,
Antara lauk2 yang telah menjadi 'order' oleh Ayah ialah:

Sayur Campur
Butter Prawn
Ikan Sebelah Masak Sambal
Ambal Masak Kari (Apai 'fav')
Tomyam Campur (Belum disebut)

Nyaman! Nyaman! Nyaman!
Itu yang dapat Apai gambarkan,
Bertambah nyaman lagi apabila diserikan oleh Ua yang turut meluangkan masa bersama family Apai (Thank Ua & Luv Ua Soooooo Much!...),
Tidak lupa 'thank' juga kepada Wa (abang Mak Apai yang paling tua) & Syafiq (kawan Adik dari Kuala Lumpur),
Kerana sama2 memeriahkan keadaan,
Apai memang kenyang sampai 'belt' Apai pun boleh tercabut,
'Best' sambutan malam tadi.

-Apai-

Movies Time: Harry Potter & The Deathly Hallows: Part 1


Harry Potter & The Deathly Hallows: Part 1!

Classification: PG13
Genre:
Adventure / Fantasy
General Release Date:
17 Nov 2010
Running Time:
2 Hours 27 Minutes
Distributor:
Warner Bros. Pictures

Cast: Bill Nighy, Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint, Ralph Fiennes, Helena Bonham Carter, Alan Rickman, Bonnie Wright, Tom Felton, Maggie Smith, Evanna Lynch, Miranda Richardson
Director: David Yates
 

17 Nov, 2010 (Rabu) telah tiba (pada ketika itula...),
Apai & Ua telah menterjah pangung (kali ini Lotus 5 Star...),
Kali ini kami tidak sabar untuk menonton filem kegemaran 1 dunia,
Apa lagi, Harry Potter la (walaupun Apai tak 'follow' dari awal...),
Jadi Apai tidak pakar dalam cerita Harry Potter nie,
Tapi Apai nak pergi tengok gak dan Ua antara peminat Harry Potter (betul ka? Hehe...),
Tapi yang pasti, saudara Lan (al Kisah aku - aKa...) paling 'fav' habis dengan cerita nie,
Kami telah menonton tayangan pada pukul 19:00 malam.

Ramai! Ramai! Ramai!
Ramai juga orang yang beratur untuk membeli tiket,
Dapatkah aku membeli tiket nie (kata hati Apai...),
Wah! RM9 je? Awat murah (eh, keluaq bahasa Kedah la pula...),
Haha (ketawa Apai melihat sambil membeli tiket),
Hampir 10 minit juga Apai beratur,

Memandangkan 'Movie' ini baru,
Maka 'hall1' la jawapnya (tahu2 je Apai ye...),
Masa pun tiba!

Apai masuk ke dalam 'hall' tersebut!
Best! Best! Best!2 (bukan pasal 'movie' tu tau!...haha...pasal hall die...).

Sinopsis ringkas Apai:

Cerita ini telah dibahagi kepada 2 'part'. 'Part' 1 dikeluarkan pada 17 Nov, 2010 dan satu lagi akan dikeluarkan pada pertengahan tahun hadapan (kalau tak silap la...). Pada 'part1 yang pertama ini, ia banyak berlegar2 sekitar kisah pengembaraan Harry Potter yang ingin mendapatkan 5 benda 'special'. Ia adalah bagi melawan kuasa jahat yang pada ketika itu telah mengawal dunia Magic. Adakah Harry telah mendapat kelima2 benda tersebut? Apa yang terjadi semasa pengembaraannya? Dapatkah Harry mengalahkan kuasa2 jahat?
Sila tonton di pangung terdekat anda!

Komen Apai:

Filem ini merupakan Genre 'Fantasy'. Bagi Apai, jalan cerita agak menarik dan penuh dengan aksi. Oleh kerana cerita ini mempunyai sambungannya, maka penyudah cerita ini tergantung dan membuatkan Apai tak sabar untuk menunggu penyudahnya. Sungguh pandai director filem ini di mana penyudah bagi 'part' kali ini amat tepat! Sehingga membuat penonton tertanya2 apa sambungannya. Bagi penonton seperti Apai (yang tak 'follow' dari awal...) sila menonton Harry Potter ini dari filem yang pertama hingga ke-6. Ia menjamin agar anda tidak tertanya2 semasa filem itu dipertontonkan. Hehe
Filem ini Best!

Rating Apai!
Overall:
****
Cast:****
Plot:
*****
Effects:*****
Cinematography : ****

P/S: Para review, sila kongsikan pengalaman anda ketika menonton filem ini.

-Apai-

Teman Hidup, Teman Hidup, Teman Hidup

Yay! Teman Hidup Apai Nak Berkongsi Blog Bersama!

Pada ruangan kali ini, Apai ingin memperkenalkan kepada reviewer teman hidup Apai,
Dia merupakan teman teristimewa Apai,
Tanggal 25 November, 2010 genaplah hubungan Apai dengannya selama 3 bulan,
Walaupun 3 bulan hubungan sebagai 'couple', Apai merasakan sungguh bahagia bila bersamanya,
Apai sentiasa ingin bersama nya dan Apai akan cuba sedaya-upaya dan bersungguh2 untuk mencari duit bagi melamar si jantung kasih Apai,
InsyAllah Apai target tahun hadapan Apai akan dapat menjadikan dia milik Apai yang sah,
Apai berharap reviewer akan turut mendoakan yang terbaik bagi Apai,

Sibuk cerita hal Apai, tapi mesti reviewer tertanya2 siapa gerangan buah jantung Apai kan?
Si kasih sayang Apai di beri nick name Ua (Safura Abdul Malek),
Aik? macam kenal? macam pernah dengar la nama tu?
Hehe... (Siapa yang membaca post sebelum ini, akan mengetahui siapa orang nya),
Ua juga akan berkongsi dengan reviewer cerita2 dan post2 yang akan dilakarkan di dalam blog ini,
Jadi, nantikan kemunculan Ua ye!

Apa? Bagaimana Apai mengenali Ua?
Hehe...
Yang itu akan Apai ceritakan dalam post akan datang,
Jadi perlu tunggu untuk mengetahui serba sedikit kisah cinta Apai,
Apai rasa sampai di sini dan berjumpa lagi dalam post yang akan datang!

I Love You Ua, Soooooooo Much!

-Apai- 

Movies Time: 2 Alam


2 Alam!

Classification: 18
Genre: Drama / Horror

General Release Date: 18 Nov 2010

Running Time: 1 Hour 28 Minutes

Distributor: Primeworks Studios

Cast: Aaron Aziz, Suhaillah Salam, Faizal Hussein

Director: Ed Zarith, Hairie Othman

Pada 24 Nov, 2010 (Rabu) yang lalu,
Apai & Ua telah pergi ke pangung (MBO, The Spring, Sarawak) untuk menonton wayang,
Kami telah memilih untuk menonton cerita 2 Alam,
Niat di hati adalah untuk menonton filem Malaysia,
Kami telah menonton tayangan pada pukul 19:15 malam,

Kami terperanjat!
Apa yang telah buat kami terperanjat (hehe...)?
Adakah di sebabkan oleh penonton yang ramai (susah nak percaya...)?
Tetapi kami terperanjat kerana hanya kami berdua sahaja (aduh maksiat nie...)!
Haha (ketawa Apai melihat sambil membeli tiket),
Apai pun bertanya kepada si penjual tiket,
"Bang, berapa ramai dah menonton cerita nie? Ramai tak?"
Sambil mengerakkan 'cursor' dan menunjukkan tayangan sebelum itu,
Fuh! amat terperanjat Apai!
Hanya 4 orang sahaja!
Apai terus begitu 'interested' untuk menonton!

Setelah kenyang 'dinner' di KFC (sehingga menjilat jari),
Kami pun menunggu untuk masuk ke dalam 'hall' ('hall 7'),
Setelah melihat keliling (ada lebih kurang 6 orang di dalam 'hall',
Fuh!, ingat hanya kami berdua je,
Wayang pun 'start' dan habis setelah 1jam 28 minit.

Sinopsis ringkas Apai:

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Adam (Suhaila Salam) yang telah menukarkan jantina dari lelaki kepada perempuan dengan pakej2 seorang perempuan sekali. Adam telah menukar segala2nya walaupun telah diberi peringatan oleh ibunya (Rosnah Johari). Adam juga telah menukar nama kepada Amy (merupakan penyanyi popular pada ketika itu). Beliau juga telah berkahwin dengan seorang Mat Salleh (tak tau nama). Klimaks cerita ini pula adalah sekitar pengurusan jenazah yang telah dilakukan oleh Ustaz Ishak (Aaron Aziz). Pengurusan jenazah beliau telah mewujudkan banyak halangan dan rintangan yang telah diturunkan oleh tuhan atas dosa2 beliau (meninggal dunia akibat bunuh diri). Ini mengetahui apa terjadi?
Sila tonton di pangung terdekat anda!

Komen Apai:

Filem ini memang akan mendatangkan keinsafan kepada penonton yang menontonnya. Apai melihat motif filem ini agak menarik dan misinya agak jelas. Akan tetapi, jalan cerita yang telah dilakarkan agak kabur dan banyak yang jalan cerita yang tidak diceritakan. Sehingga membuat Apai keliru dan sesat dalam menyusur jalan cerita ini. Teknik 'flash back' bagus diterapkan di dalam jalan penceritaan. Tetapi, teknik ini tidak boleh digunakan secara kerap. Ia akan membuatkan penonton keliru dan sesat. Apai rasa, jalan cerita akan lebih difahami jika susunan filem ini dikaji semula.
Apai 'support' filem Malaysia!

Rating Apai!
Overall:
**
Cast:**
Plot:
*
Effects:***
Cinematography : **

P/S: Para review, sila kongsikan pengalaman anda ketika menonton filem ini.

-Apai-

Bercuti-cuti Time: Part 1



Kuala Lumpur Time!

Tepat jam 14:30,
Tanggal 29 Oktober 2010,
Kami tiba di LCCT (Sebab naik Airasia...),
Hati dah berkobar2 untuk bergerak di dalam perut Kuala Lumpur,
Jiwa Apai terasa begitu teruja untuk menjelajah di setiap pelusuk Kuala Lumpur,
Pesawat yang kami naiki telah tiba awal 20 minit (Bak kata pilot...),
Jadi kami mempunyai banyak masa untuk berjalan2.

Lupa pula Apai nak bagitau kami tu sapa,
Trip Apai kali ini telah dijoin oleh sahabat2 Apai,
Bee, Ezum & Ua (Buah hati Apai...) - Berada dalam gambar di atas,
Lia & Amy (datang lewat ke 'Airport'...) - Berada dalam gambar seterusnya,
Ramai juga kan?

Sinopsis trip kami pada kali ini adalah bermula dari 29 - 31 Oktober 2010,
Tujuan utama trip kami adalah untuk pergi ke Genting Highland,
Akan tetapi, kami akan berada di Kuala Lumpur pada hari pertama,
Kemudiannya, akan bertolak awal pagi untuk pergi ke Genting Highland,
Perancangan trip ini telah lama dilakukan (itu pun sebab tiket Airasia RM0...),
Saudara Bee telah bertindak sebagai AJK booking penginapan,
Manakala, saudari Amy telah bertindak sebagai AJK booking penerbangan,
Apai pula telah melantik diri sendiri sebagai AJK photographer,
Ua merupakan AJK khas untuk Apai (haha...),
Saudari Lia pula merupakan AJK perancangan permainan semasa di taman tema,
Saudari Ezum telah menjadi AJK kerepek (gurau je...),
Beliau telah mendapat jawatan AJK makanan*.

Melihat dari tentatif yang telah Apai lampirkan,
Mesti para review tidak sabar2 menunggu cerita selanjutnya,
Apai akan menyambungnya pada 'post' Apai yang akan datang (Apai dah ngantok sebenarnya... hehe..)

*(Special thank to abang Haizum yang telah membawa kami makan di William - Kelana Jaya)

-Apai-

Kerja Baru, Kerja Baru, Kerja Baru

Berakhirlah Pekerjaaan Sekarang

Tidak lama lagi, Apai akan berhenti kerja dari posisi sekarang.
Apai telah mendapat kerja yang baru,
Kerja yang tidak pernah Apai gambarkan dan impikan sebelum ini,
Apai begitu teruja untuk memasukki alam pekerjaan yang baru itu,
Akan tetapi, Apai takut, bagaimanakah pekerjaan baru itu?
Adakah sesuai dengan jiwa Apai yang sering inginkan cabaran dalam pekerjaan?
Hehe... (Apai ketawa di dalam hati, sambil wujud perasaan takut)

Dengar kata, orang kata, mereka kata,
Semua berkata bahawa kerja baru Apai 'establish!',
'Best!', Menarik!, Banyak Cabaran!, Bahaya!,
Cuma Kaya! je yang belum di katakan,
Hehe... (Apai ketawa lagi di dalam hati)

Mesti anda ingin mengetahui apakah pekerjaan baru Apai?
Nanti Apai akan beritahu dalam 'post' yang akan datang,
Tunggu tau!

-Apai-

Welcome Message from Apai

Salam Pengenalan,

Latar belakang Apai?

Apai ingin mendedahkan serba sedikit latar belakang Apai,
Nama Apai sebenarnya Muhamad Asrul Bin Abd Malik,
Tarikh lahir Apai sejak 09 Oktober tahun 1986,
Tempat kelahiran Apai adalah di Kuching>Sarawak>Malaysia,
Apai merupakan 'Half Blood' Sarawakian,
'Half Blood' lagi Johorian,
Pekerjaan Apai merupakan seseorang yang berusaha mencari 'Fraud' dalam Perakaunan,
Agak kejam jugak kerja nie,
Tapi klo difikir-fikir ia adalah merupakan kerja yang murni,
Lupa pula, Apai ada seorang je adik,
Apai merupakan produk pengajian dari Universiti Putra Malaysia.

Harapan Apai?

Apai baru berkecimpung dengan bidang blog nie,
Diharap agak blogger2 yang telah wujud agar memberi tunjuk ajar dan kerjasama yang terbaik.

Blog Apai mengenai apa?

Blog Apai ini akan diisi dengan gambar-gambar yang akan di ambil oleh Apai,
Dengan itu, dapatla reviewer2 untuk memberi komen dan nasihat,
Ini penting bagi Apai untuk meningkatkan 'productivity' bidang 'photography' Apai,
Apai mahu berkecimpung sedalam2 yang boleh dalam bidang ini,
Bidang ini Apai lihat boleh memberikan pendapatan sampingan,
Boleh buat Apai jadi kaya cepat.

First nanti?

Apai nak belajar 'capture' gambar dulu,
Lepas tu Apai belajar 'editing' gambar pula.

Thank you kepada semua viewer,
Harap mendapat kerjasama yang terbaik dari anda!

-Apai-