Movies Time: 2 Alam


2 Alam!

Classification: 18
Genre: Drama / Horror

General Release Date: 18 Nov 2010

Running Time: 1 Hour 28 Minutes

Distributor: Primeworks Studios

Cast: Aaron Aziz, Suhaillah Salam, Faizal Hussein

Director: Ed Zarith, Hairie Othman

Pada 24 Nov, 2010 (Rabu) yang lalu,
Apai & Ua telah pergi ke pangung (MBO, The Spring, Sarawak) untuk menonton wayang,
Kami telah memilih untuk menonton cerita 2 Alam,
Niat di hati adalah untuk menonton filem Malaysia,
Kami telah menonton tayangan pada pukul 19:15 malam,

Kami terperanjat!
Apa yang telah buat kami terperanjat (hehe...)?
Adakah di sebabkan oleh penonton yang ramai (susah nak percaya...)?
Tetapi kami terperanjat kerana hanya kami berdua sahaja (aduh maksiat nie...)!
Haha (ketawa Apai melihat sambil membeli tiket),
Apai pun bertanya kepada si penjual tiket,
"Bang, berapa ramai dah menonton cerita nie? Ramai tak?"
Sambil mengerakkan 'cursor' dan menunjukkan tayangan sebelum itu,
Fuh! amat terperanjat Apai!
Hanya 4 orang sahaja!
Apai terus begitu 'interested' untuk menonton!

Setelah kenyang 'dinner' di KFC (sehingga menjilat jari),
Kami pun menunggu untuk masuk ke dalam 'hall' ('hall 7'),
Setelah melihat keliling (ada lebih kurang 6 orang di dalam 'hall',
Fuh!, ingat hanya kami berdua je,
Wayang pun 'start' dan habis setelah 1jam 28 minit.

Sinopsis ringkas Apai:

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Adam (Suhaila Salam) yang telah menukarkan jantina dari lelaki kepada perempuan dengan pakej2 seorang perempuan sekali. Adam telah menukar segala2nya walaupun telah diberi peringatan oleh ibunya (Rosnah Johari). Adam juga telah menukar nama kepada Amy (merupakan penyanyi popular pada ketika itu). Beliau juga telah berkahwin dengan seorang Mat Salleh (tak tau nama). Klimaks cerita ini pula adalah sekitar pengurusan jenazah yang telah dilakukan oleh Ustaz Ishak (Aaron Aziz). Pengurusan jenazah beliau telah mewujudkan banyak halangan dan rintangan yang telah diturunkan oleh tuhan atas dosa2 beliau (meninggal dunia akibat bunuh diri). Ini mengetahui apa terjadi?
Sila tonton di pangung terdekat anda!

Komen Apai:

Filem ini memang akan mendatangkan keinsafan kepada penonton yang menontonnya. Apai melihat motif filem ini agak menarik dan misinya agak jelas. Akan tetapi, jalan cerita yang telah dilakarkan agak kabur dan banyak yang jalan cerita yang tidak diceritakan. Sehingga membuat Apai keliru dan sesat dalam menyusur jalan cerita ini. Teknik 'flash back' bagus diterapkan di dalam jalan penceritaan. Tetapi, teknik ini tidak boleh digunakan secara kerap. Ia akan membuatkan penonton keliru dan sesat. Apai rasa, jalan cerita akan lebih difahami jika susunan filem ini dikaji semula.
Apai 'support' filem Malaysia!

Rating Apai!
Overall:
**
Cast:**
Plot:
*
Effects:***
Cinematography : **

P/S: Para review, sila kongsikan pengalaman anda ketika menonton filem ini.

-Apai-
0 Responses