Bercuti-cuti Time: Part 1



Kuala Lumpur Time!

Tepat jam 14:30,
Tanggal 29 Oktober 2010,
Kami tiba di LCCT (Sebab naik Airasia...),
Hati dah berkobar2 untuk bergerak di dalam perut Kuala Lumpur,
Jiwa Apai terasa begitu teruja untuk menjelajah di setiap pelusuk Kuala Lumpur,
Pesawat yang kami naiki telah tiba awal 20 minit (Bak kata pilot...),
Jadi kami mempunyai banyak masa untuk berjalan2.

Lupa pula Apai nak bagitau kami tu sapa,
Trip Apai kali ini telah dijoin oleh sahabat2 Apai,
Bee, Ezum & Ua (Buah hati Apai...) - Berada dalam gambar di atas,
Lia & Amy (datang lewat ke 'Airport'...) - Berada dalam gambar seterusnya,
Ramai juga kan?

Sinopsis trip kami pada kali ini adalah bermula dari 29 - 31 Oktober 2010,
Tujuan utama trip kami adalah untuk pergi ke Genting Highland,
Akan tetapi, kami akan berada di Kuala Lumpur pada hari pertama,
Kemudiannya, akan bertolak awal pagi untuk pergi ke Genting Highland,
Perancangan trip ini telah lama dilakukan (itu pun sebab tiket Airasia RM0...),
Saudara Bee telah bertindak sebagai AJK booking penginapan,
Manakala, saudari Amy telah bertindak sebagai AJK booking penerbangan,
Apai pula telah melantik diri sendiri sebagai AJK photographer,
Ua merupakan AJK khas untuk Apai (haha...),
Saudari Lia pula merupakan AJK perancangan permainan semasa di taman tema,
Saudari Ezum telah menjadi AJK kerepek (gurau je...),
Beliau telah mendapat jawatan AJK makanan*.

Melihat dari tentatif yang telah Apai lampirkan,
Mesti para review tidak sabar2 menunggu cerita selanjutnya,
Apai akan menyambungnya pada 'post' Apai yang akan datang (Apai dah ngantok sebenarnya... hehe..)

*(Special thank to abang Haizum yang telah membawa kami makan di William - Kelana Jaya)

-Apai-

0 Responses