Movies Time: Unstoppable!


Unstoppable!

Classification: PG13
Genre: Action / Thriller
General Release Date: 11 Nov 2010
Running Time: 1 Hour 40 Minutes
Distributor: 20th Century Fox
Cast: Chris Pine, Rosario Dawson, Denzel Washington
Director: Tony Scott 


Apai dah lupa bila Apai & Ua menonton filem ini,
Apai telah menonton filem ini di MBO,

Ketika itu, penonton agak ramai dan padat juga tempat duduk,
Penuh panggung pada ketika itu, 
Apai rasa filem nie macam 'best'!
Apai pun lupa, 'hall' berapa yang Apai & Ua duduk,
Haha

Sinopsis ringkas Apai:

Cerita ini mengisahkan tentang sebuah keretapi barang tanpa pemandu. Ini kerana kecuaian yang telah dilakukan oleh seorang pekerja syarikat keretapi tersebut. Menambah panik dalam cerita ini, keretapi tersebut telah membawa bahan berbahaya (toxic) di dalam kargo. Ia telah menuju ke sebuah bandar besar yang berpadatan penduduk penuh! Pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak syarikat untuk memberhentikan keretapi tersebut. Adakah ia mampu diberhentikan?
Sila tonton di pangung terdekat anda!

Komen Apai:

Filem ini mengandungi fakta2 logik. Kita akan banyak belajar tentang fizik dan kimia semasa menonton filem ini. Langkah2 pemberhentian tersebut nampak logik dan boleh diterima akal. Filem ini banyak menyediakan aksi mendebarkan! Filem yang harus ditonton!
Filem ini Best!

Rating Apai!
Overall:
****
Cast:****
Plot:
*****
Effects:*****
Cinematography : ****

P/S: Para review, sila kongsikan pengalaman anda ketika menonton filem ini.

-Apai-
0 Responses