Movie Time: Rapunzel: A Tangled Tale


Rapunzel: A Tangled Tale

Classification: U
Genre: Fantasy / Animation
General Release Date: 25 Nov 2010
Running Time: 1 Hour 41 Minutes
Distributor: Walt Disney Pictures 

Cast: Mandy Moore, Zachary Levi, Donna Murphy
Director: Nathan Greno, Byron Howard


Tanggal 26 Nov, 2010 (Jumaat),
Apai & Ua telah sekali lagi menterjah pangung (kali ini MBO...),

Kali ini, kami telah ditemani oleh Lia (maulydiasdeardiary...),
Walaupun pada tengah malam tersebut Lia akan bertolak ke Sibu,
Tetapi sempat meluangkan masa bersama kami untuk menonton.

Pada malam tersebut,
Boleh tahan ramai juga orang yang menonton,
Sambil cuaca sejuk, Penuh orang ramai,
Penuh 'hall' pada malam itu,
Cerita tersebut bermula,
Apai, Ua & Lia mula menonton.

Sinopsis ringkas Apai:

Cerita ini merupakan cerita katon animasi. Maka ceritanya komfom tak logik. Hehe. Kisah seorang puteri yang telah dikurung di dalam sebuah istana (tak cantik pun...) oleh seorang nenek kebayan. Ia kerana puteri tersebut telah diberi minum air bunga matahari yang begitu magik. Dia telah diculik oleh nenek kebayan tersebut ketika masih kecil. Dia telah dikurung dan tidak dibenarkan keluar untuk bergaul dengan orang ramai dan jauh disorok di tengah hutan. Pengembaran tersebut telah bermula apabila puteri tersebut telah genap 18th tahun dan mengimpikan untuk melihat tanglung terbang dari dekat (selama ini dia melihat melalui tingkap...cian...). Bagaimanakah dengan pengembaraan puteri tersebut? Adakah berjaya dia melihat tanglung terbang tersebut? Maksud tanglung terbang?
Sila tonton di pangung terdekat anda!

Komen Apai:

Filem ini merupakan Genre 'Fantasy'. Bagi Apai, jalan cerita adalah menarik. Akan tetapi, Apai mungkin telah pernah mendengar akan kisah ini semasa kecil dahulu. Apabila Apai membandingkan cerita ini dengan apa yang Apai telah dengar, Apai mendapati, sama. Maka Apai mudah untuk meneka jalan cerita tersebut hingga habis. Maaf ye! Tapi teknik meletakkan lawak dan lagu2 menarik (yang nie tak ada semasa Apai dengar cerita ini...) membuatkan filem ini lebih menarik!
Filem ini Best!

Rating Apai!
Overall:
****
Cast:****
Plot:
****
Effects:****
Cinematography : ****

P/S: Para review, sila kongsikan pengalaman anda ketika menonton filem ini.

-Apai-
0 Responses