Movies Time: Harry Potter & The Deathly Hallows: Part 1


Harry Potter & The Deathly Hallows: Part 1!

Classification: PG13
Genre:
Adventure / Fantasy
General Release Date:
17 Nov 2010
Running Time:
2 Hours 27 Minutes
Distributor:
Warner Bros. Pictures

Cast: Bill Nighy, Daniel Radcliffe, Emma Watson, Rupert Grint, Ralph Fiennes, Helena Bonham Carter, Alan Rickman, Bonnie Wright, Tom Felton, Maggie Smith, Evanna Lynch, Miranda Richardson
Director: David Yates
 

17 Nov, 2010 (Rabu) telah tiba (pada ketika itula...),
Apai & Ua telah menterjah pangung (kali ini Lotus 5 Star...),
Kali ini kami tidak sabar untuk menonton filem kegemaran 1 dunia,
Apa lagi, Harry Potter la (walaupun Apai tak 'follow' dari awal...),
Jadi Apai tidak pakar dalam cerita Harry Potter nie,
Tapi Apai nak pergi tengok gak dan Ua antara peminat Harry Potter (betul ka? Hehe...),
Tapi yang pasti, saudara Lan (al Kisah aku - aKa...) paling 'fav' habis dengan cerita nie,
Kami telah menonton tayangan pada pukul 19:00 malam.

Ramai! Ramai! Ramai!
Ramai juga orang yang beratur untuk membeli tiket,
Dapatkah aku membeli tiket nie (kata hati Apai...),
Wah! RM9 je? Awat murah (eh, keluaq bahasa Kedah la pula...),
Haha (ketawa Apai melihat sambil membeli tiket),
Hampir 10 minit juga Apai beratur,

Memandangkan 'Movie' ini baru,
Maka 'hall1' la jawapnya (tahu2 je Apai ye...),
Masa pun tiba!

Apai masuk ke dalam 'hall' tersebut!
Best! Best! Best!2 (bukan pasal 'movie' tu tau!...haha...pasal hall die...).

Sinopsis ringkas Apai:

Cerita ini telah dibahagi kepada 2 'part'. 'Part' 1 dikeluarkan pada 17 Nov, 2010 dan satu lagi akan dikeluarkan pada pertengahan tahun hadapan (kalau tak silap la...). Pada 'part1 yang pertama ini, ia banyak berlegar2 sekitar kisah pengembaraan Harry Potter yang ingin mendapatkan 5 benda 'special'. Ia adalah bagi melawan kuasa jahat yang pada ketika itu telah mengawal dunia Magic. Adakah Harry telah mendapat kelima2 benda tersebut? Apa yang terjadi semasa pengembaraannya? Dapatkah Harry mengalahkan kuasa2 jahat?
Sila tonton di pangung terdekat anda!

Komen Apai:

Filem ini merupakan Genre 'Fantasy'. Bagi Apai, jalan cerita agak menarik dan penuh dengan aksi. Oleh kerana cerita ini mempunyai sambungannya, maka penyudah cerita ini tergantung dan membuatkan Apai tak sabar untuk menunggu penyudahnya. Sungguh pandai director filem ini di mana penyudah bagi 'part' kali ini amat tepat! Sehingga membuat penonton tertanya2 apa sambungannya. Bagi penonton seperti Apai (yang tak 'follow' dari awal...) sila menonton Harry Potter ini dari filem yang pertama hingga ke-6. Ia menjamin agar anda tidak tertanya2 semasa filem itu dipertontonkan. Hehe
Filem ini Best!

Rating Apai!
Overall:
****
Cast:****
Plot:
*****
Effects:*****
Cinematography : ****

P/S: Para review, sila kongsikan pengalaman anda ketika menonton filem ini.

-Apai-
0 Responses