Sekitar Majlis Konvokesyen Ua

Berhati! Berhati! Berhati!

Bukan apa, bukan di jalan raya, tapi di atas pentas,
Pentas penganugerahan ijazah!
Itulah mungkin perasaan Ua, seperti itu juga la perasaan Apai suatu ketika dahulu,
Nervous! Gembira! Besar hati! Terharu!
Semua saat ini akan terasa!
Sehingga membuat diri bermonologue!
"Aku berjaya membanggakan kedua ibu bapa ku! Ya Allah! Bukan setakat ini akan aku balas kedua ibu bapa ku! Banyak lagi yang harus aku lakukan! Mereka dari dalam perut telah menjaga aku dengan sepenuh kasih sayang mereka yang tidak berbelah bagi! Tanpa jemu! Semua dengan senyuman! Walaupun susah! Beri mandi! Beri makan minum! Beri segala2 yang termampu! Selama 25 tahun! 25 tahun! Adakah cukup hanya segulung kertas biasa yang tertulis Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian! Adakah bebaloi! "

Diri mula nekad!
"Selepas ini adalah masa ku! Masa untuk membalas semua yang termampu! Semua yang telah diberi kepada ku! Biar aku susah! Tapi janji mak dan ayahku senang! Aku akan membalas sehingga akhir hayat mak dan ayah ku! Janjiku! Janjiku pada kedua ibu bapa ku! Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusan ku! Agar aku dapat membalas segala jasa kedua ibu bapa ku! Andaiaku di takdirkan tidak sempat untuk membalas nya! Aku merayu padaMu! Agar Engkau membalas nya dengan segala ganjaran Mu! Hanya Engkau yang mengetahui segala2nya!"

Ibu bapa tidak mengharapkan wang ringgit untuk membalas jasa mereka! Tapi cukuplah sekadar memberi sepenuh kasih sayang!
0 Responses