Berita Baik! Berita Baik! Berita Baik!

Surat Datang! Surat Datang! Surat Datang!

Alhamdulillah! Syukur kepada Allah!
Terima kasih kepada keluarga Apai!
Terima kasih kepada Ua (begitu istimewa buat Apai!...!
Terima kasih kepada kawan2 Apai!
Di atas doa yang membuatkan Apai berjaya!

Surat yang Apai tunggu2 telah pun kunjung tiba ke rumah Apai,
Surat datang dari pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),
Ia menandakan, Apai dapat kerja yang baru!

Ingat dengan 'post' Apai sebelum ini?
Tentang pertukaran kerja baru tu?
Ha, nie la surat yang menandakan Apai dapat kerja tersebut,
Apai tak mahu nak umum dulu,
Takut tak dapat kerja tu (malu la...)

Apai dah hantar surat berhenti pada hari selasa lepas (30 November, 2010...),
Surat tu terpaksa Apai 'back date' surat tersebut,
Ini kerana, 'report duty' Apai adalah pada 20 Disember, 2010 nie,
Apai perlu pergi ke Putrajaya (Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Presint 4...),
Melalui surat yang Apai dapat, Apai perlu pergi berkursus orientasi dari 20 - 24 Disember, 2010 tu juga,
Kursus orientasi tersebut akan dibuat di Kem PLKN Kuala Kubu Baru,
Fuh! lain macam je bunyi tempat tu (hehe...)

Oh! Lupa pula Apai nak bagitau apa pekerjaan tersebut,
Apai telah dilantik menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (M41...),
Apai akan menjadi penjawat awam,
Diharap reviewer akan mendoakan yang terbaik buat Apai!
'Wish Me Luck!'

-Apai-
0 Responses